BreakingNews

  • Truk Tangki CV Teman Setia Muatan PKO Terjun Bebas Ke Parit
  • Paul Pogba Moncer di MU, Real Madrid Kembali Mendekat
  • Wanita Ini Ditelanjangi Istri Sah Ditengah Jalan Karena Sikat Suami Orang
  • Atasi Karhutla, Wagubri Akan Berdayakan Tim Satgas Penertiban Perkebunan Ilegal Riau
  • Home
  • Pariwisata
  • Sosial, Seni dan Budaya
  • Daerah
    • Pekanbaru
  • Opini
  • Nasional
    • Sumatera Utara
  • Galeri Foto
    • Kampar
    • Pelalawan
    • Siak
    • Bengkalis
    • Dumai
    • Rohul
    • Rohil
    • Inhu
    • Inhil
    • Kuansing
    • Meranti
  • Dunia
  • Politik
  • More
    • Ekonomi dan Bisnis
    • Peristiwa
    • Pemerintahan
    • Hukrim
    • Pendidikan
    • Olahraga
    • Video
    • Pilihan Editor
    • Terpopuler
    • Galeri
    • Indeks
  • Tentang Kami
  • Redaksi
  • Info Iklan
  • Pedoman Media Siber
  • Disclaimer
  • Kontak Kami
  • Nasional
  • Galeri Foto
  • Dunia
  • Politik
  • Ekonomi dan Bisnis
  • Peristiwa
  • Pemerintahan
  • Hukrim
  • Pendidikan
  • Olahraga
  • Video
  • Opini
  • Daerah
  • Sosial, Seni dan Budaya
  • Pariwisata
  • Meranti
  • Kuansing
  • Inhil
  • Inhu
  • Rohil
  • Rohul
  • Dumai
  • Bengkalis
  • Siak
  • Pelalawan
  • Kampar
  • Pekanbaru
  • Sumatera Utara
  • Pilihan Editor
  • Terpopuler
  • Indeks
Masukkan Kata Kunci atau ESC Untuk Keluar
PILIHAN +INDEKS
IJN Malaysia dan RS Putra Melaka Edukasi Warga Dumai Lewat Seminar Jantung Sehat
Dibaca : 91 Kali
PWP Kilang Dumai Bagian 100 Paket Makan Siang Jumat Berkah dan Mukena Gratis untuk Jamaah Masjid di Kelurahan Bukit Timah
Dibaca : 58 Kali
Pekerja Pertanyakan Dugaan Selisih Upah dan Tidak Diberikannya Kontrak Kerja oleh PT Rajawali Guna Bangsa
Dibaca : 65 Kali
Polres Pelabuhan Belawan Intensifkan Patroli Malam Antisipasi Kejahatan Jalanan dan Gangguan Kamtibmas
Dibaca : 64 Kali
Satresnarkoba Polres Rokan Hulu Tangkap Pengedar Sabu di Ujung Batu, Sita Barang Bukti Seberat 8,03 Gram
Dibaca : 78 Kali

  • Home
  • Nasional
  • Dumai

Tekankan Pentingnya Deteksi Dini

IJN Malaysia dan RS Putra Melaka Edukasi Warga Dumai Lewat Seminar Jantung Sehat

Redaksi

Sabtu, 11 Juli 2026 - 18:35:16 WIB Di Baca : 91 Kali
Cetak
IJN Malaysia dan RS Putra Melaka Edukasi Warga Dumai Lewat Seminar Jantung Sehat

Kota Dumai (Riau), LPC

Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia bersama RS Putra Melaka terus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan kesadaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesehatan jantung menerusi penganjuran Health Talk Seminar Jantung Sehat yang berlangsung di Ballroom Tingkat 2, Hotel The Zuri Dumai, Sabtu (11/7).

Program yang mendapat sambutan menggalakkan itu menghimpunkan wakil syarikat swasta, Dharma Wanita, tenaga kesihatan, syarikat insurans, pertubuhan masyarakat serta orang awam di Kota Dumai yang ingin mendapatkan pendedahan mengenai pencegahan penyakit kardiovaskular dan amalan gaya hidup sihat.

Seminar tersebut menampilkan dua penceramah dari Malaysia iaitu Dr. Hisham Md. Shahrom, Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), serta Zety An Nur Binti Hisamudin, Pakar Dietetik RS Putra Melaka.

Turut hadir ialah Farah Delah Suhaimi, Ketua Bahagian Pemasaran Institut Jantung Negara (IJN); Norshamsara Binti Musa, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran RS Putra Melaka; Agnes, Wakil IJN di Dumai; serta Dafi Fernanda, Wakil RS Putra Melaka di Dumai.

Dalam ucapan pembukaannya, Farah Delah Suhaimi berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IJN dalam memperluaskan pendidikan kesihatan kepada masyarakat Indonesia, khususnya di Kota Dumai.

"Kesihatan merupakan pelaburan yang paling bernilai. Melalui seminar ini kami ingin meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa penyakit jantung sebenarnya boleh dicegah sekiranya faktor risiko dikenal pasti lebih awal dan pemeriksaan kesihatan dilakukan secara berkala. Jangan menunggu sehingga gejala muncul sebelum mendapatkan pemeriksaan," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Institut Jantung Negara yang ditubuhkan pada tahun 1992 di Kuala Lumpur kini merupakan antara pusat rawatan jantung terbesar di Asia Tenggara. IJN mempunyai kira-kira 90 pakar jantung daripada keseluruhan 168 doktor pakar pelbagai disiplin serta telah memberikan rawatan kepada jutaan pesakit dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia.

Dalam masa yang sama, Norshamsara Musa juga turut memperkenalkan RS Putra Melaka yang telah beroperasi sejak tahun 1995 dan terletak di tengah Bandaraya Melaka. Hospital tersebut mempunyai lebih daripada 40 doktor pakar pelbagai disiplin dengan kekuatan utama dalam bidang ortopedik serta menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran kepada pesakit antarabangsa termasuk dari Indonesia.

“Kedua-dua institusi kesihatan ini bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada pesakit antarabangsa bermula daripada konsultasi awal, urusan pendaftaran, pengangkutan, penginapan sehingga kepada pemantauan sepanjang menerima rawatan di Melaka.”

"Kami mahu masyarakat Indonesia mengetahui bahawa mereka mempunyai pilihan mendapatkan rawatan bertaraf antarabangsa dalam bidang kardiologi dan ortopedik dengan kemudahan moden, teknologi terkini serta pasukan pakar yang berpengalaman di RS Putra Melaka," ujarnya.

Sementara itu, Dr. Hisham Md. Shahrom menegaskan bahawa penyakit jantung masih kekal sebagai penyebab utama kematian di seluruh dunia termasuk Indonesia. Menurut beliau, sebahagian besar kes sebenarnya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup yang lebih sihat.

"Penyakit jantung bukan lagi penyakit yang hanya menyerang golongan warga emas. Kini semakin ramai pesakit berusia antara 30 hingga 40 tahun hadir mendapatkan rawatan dalam keadaan yang serius. Faktor seperti pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, merokok, diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol merupakan risiko utama yang perlu dikawal," jelas beliau.

Beliau turut menggalakkan masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, khususnya individu yang mempunyai sejarah penyakit jantung dalam keluarga.

"Semakin awal penyakit dapat dikesan, semakin tinggi peluang untuk menerima rawatan yang berkesan serta meningkatkan kualiti hidup pesakit," tambahnya.
Dalam sesi yang sama, Pakar Dietetik RS Putra Melaka, Zety An Nur Binti Hisamudin, berkongsi panduan pemakanan sihat sebagai langkah penting dalam mencegah penyakit jantung.

Menurut beliau, pengambilan makanan rendah garam, rendah lemak tepu, memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan makanan diproses merupakan amalan yang mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

"Menjaga kesihatan jantung bukan hanya bergantung kepada rawatan perubatan. Ia bermula daripada pemilihan makanan setiap hari. Perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten akan memberikan manfaat besar kepada kesihatan dalam jangka panjang," katanya.

Selain sesi ceramah, para peserta turut diperkenalkan dengan profil Institut Jantung Negara Malaysia dan RS Putra Melaka, termasuk kemudahan rawatan terkini, teknologi perubatan moden serta perkhidmatan khas untuk pesakit antarabangsa.

Penganjuran seminar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Dumai mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit jantung, mengamalkan gaya hidup sihat serta menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan IJN Malaysia dan RS Putra Melaka dalam memperkukuhkan kerjasama rentas negara bagi memperluaskan akses pendidikan kesihatan dan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan masyarakat Indonesia.***


Sumber : Rilis /  Editor : Redaksi

Ikuti Lineperistiwa.com


Lineperistiwa.com

BERITA LAINNYA +INDEKS
Nasional

Pertamina Patra Niaga Kilang Dumai Raih 3 Penghargaan di Ajang IDEAS 2026

Jumat, 10 Juli 2026 - 11:19:42 WIB

Jakarta, LPCPT Pertamina Patra Niaga Refinery Unit Dumai (Kilang Pertamin.

Nasional

Dukung Desa Binaan, United Tractors dan BNPB Adakan Training Kampung Tangguh Bencana

Kamis, 09 Juli 2026 - 10:32:50 WIB

Surabaya – Sebagai bagian dari komitmen Grup Astra dalam mendukung pembangunan.

Nasional

Menaker: AI Mengubah Cara Bekerja, SDM Unggul Kunci Hadapi Perubahan Dunia Kerja

Rabu, 08 Juli 2026 - 22:58:33 WIB

Medan (Sumut), LPCMenteri Ketenagakerjaan Yassierli mengatakan perkembang.

Nasional

Kemnaker Apresiasi Putusan MK yang Perkuat Pelindungan Hak Pekerja

Rabu, 01 Juli 2026 - 21:43:34 WIB

Jakarta, LPCKementerian Ketenagakerjaan (Kemnaker) mengapresiasi putusan .

Nasional

Hari Bhayangkara ke-80, Presiden Prabowo : Kepercayaan Rakyat Harus Dijaga dengan Kinerja Nyata

Rabu, 01 Juli 2026 - 13:28:23 WIB

Medan (Sumut), LPCPresiden Republik Indonesia Prabowo Subianto menegaskan.

Nasional

Dumai Jadi Cermin Nasional, Pemerintah Perlu Tegaskan Regulasi TKBM di Tersus dan TUKS

Ahad, 07 Juni 2026 - 15:38:59 WIB

Jakarta, LPCPolemik Tenaga Kerja Bongkar Muat (TKBM) di Terminal Khusus (.

TULIS KOMENTAR +INDEKS


Terkini +INDEKS
IJN Malaysia dan RS Putra Melaka Edukasi Warga Dumai Lewat Seminar Jantung Sehat
11 Juli 2026
PWP Kilang Dumai Bagian 100 Paket Makan Siang Jumat Berkah dan Mukena Gratis untuk Jamaah Masjid di Kelurahan Bukit Timah
11 Juli 2026
Pekerja Pertanyakan Dugaan Selisih Upah dan Tidak Diberikannya Kontrak Kerja oleh PT Rajawali Guna Bangsa
11 Juli 2026
Polres Pelabuhan Belawan Intensifkan Patroli Malam Antisipasi Kejahatan Jalanan dan Gangguan Kamtibmas
11 Juli 2026
Satresnarkoba Polres Rokan Hulu Tangkap Pengedar Sabu di Ujung Batu, Sita Barang Bukti Seberat 8,03 Gram
11 Juli 2026
Tim RPL SPSI Riau Dengan FIA Unilak Bahas Pembekalan Mahasiswa
11 Juli 2026
Dari Lahan Kosong Jadi Lumbung Pangan: Polsek Tandun Dampingi Warga Tanam Jagung Pipil
11 Juli 2026
Ketua DPW Korek Riau Angkat Bicara Minta APH Selidiki Duaan Aktivitas PT APSL
11 Juli 2026
Police Go To School di Pondok Pesantren, Edukasi Santri, Hukum dan Pembentukan Karakter Generasi Muda
11 Juli 2026
Sat Narkoba Polres Pelabuhan Belawan Tangkap Dua Pengedar Shabu di Medan Marelan
11 Juli 2026
TERPOPULER +INDEKS
  • 1 Fakultas Teknik Unilak dan SPSI Riau Matangkan Program RPL, Pekerja Berpeluang Kuliah Hanya Dua Tahun
  • 2 Menaker: AI Mengubah Cara Bekerja, SDM Unggul Kunci Hadapi Perubahan Dunia Kerja
  • 3 Sosok Ir Fachruddin Siregar ST MT Pejabat Perkim Rokan Hulu Yang Menjadi Perbincangan Publik
  • 4 PKN Desak Bupati Rokan Hulu Berhentikan Kepala Desa Pemandang Pasca Putusan Kasasi Inkracht
  • 5 Dugaan Kerusakan DAS Rokan Kiri di Rohul, Forum Pemuda Riau-Jakarta Dorong Bareskrim Turun Tangan
  • 6 Bentuk Tim Cobra, Kasat Reskrim Baru Polres Karo Pimpin Ungkap Kasus Menonojol Penganiayaan Berat Sebabkan Kematian
  • 7 Respon Call Center 110, Tim Macan Polres Pelabuhan Belawan Amankan Empat Remaja Pelaku Tawuran

PT. PANTAU MEDIYA JAYA
Jalan Jendral Sudirman Gang Kuini No. 04 RT 08 Kelurahan Bintan Kecamatan Dumai Kota - Kota Dumai, Riau – Indonesia , Phone. 0812 6782 0353 - 08126838909
Email: redaksilineperistiwa@gmail.com

Tentang Kami
Redaksi
Pedoman Pemberitaan
Info Iklan
Kontak
Disclaimer

©2021 Lineperistiwacom.com